Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil tetapi seharusnya kita meletakkan diri kita yg takut pd tuhanya
Raut wajah berhias cahaya Tutur kata selembut sutera Haus iman karena taqwa Itulah ciri wanita solehah
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka
Sekuntum Bunga D Tasik Hafizi, Hati Berhajat Untuk Memiliki, Namun Takdir Tak Siapa Ketahui,
Didalamnya Ku Lihati Banyaknya Kuntuman, Indahnya Harum Sungguh Menawan,
For people who do not know the meaning of life, then life is a punishment for him.,

Himpunan Prihatin Huffaz

Sekitar himpunan aman sebahagian pelajar dan kakitangan Darul Quran dalam memperihatini masalah yang sentiasa membelenggu dunia Palestin yang diadakan di dataran Masjid DQ selepas solat Jumaat sebentar tadi.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488084288804069490

LIFELINE 4 GAZA

Majlis pelancaran kempen LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SEIGE diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Dr Hj Abdullah Sudin B Abd Rahman selaku PRESIDEN HALUAN MALAYSIA
BLOGGER_PHOTO_ID_5488087648598445586

Perhimpunan Perdana Palestin

Perhimunan Perdana Palestin diadakan adalah satu platform untuk membantah tindakan keras terhadap kekejaman Israel naktullah yang seharusnya kita membanting tulang dalam membantu muslimin dan muslimat yang menghadapi musibah dari tindakan kotor Israel.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488715627776191906

Majlis Pelancaran Dewan Huffaz

Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010.Dengan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATO' JAMIL KHIR BIN BAHAROM.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488492955564984514

IMAM MUDA ASTRO OASIS

Sesi Temuduga Pencarian Peserta Imam Muda Astro Oasis adalah satu tujuan agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[1] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488497551280944722

Konsert Lifeline 4 Gaza

Konsert ini diadakan julung-julung kalinya bagi membantu dana amal untuk diberikan kepada rakyat seperjuangan kita iaitu Palestin.Konsert ini dijemput khas dari kumpulan nasyid Shoutul Harakah, Bro Muadz dan Daie Nada.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488612600935884114

Majlis Konvokesyen Darul Quran 2010

10:09 PM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Berlansungnya majlis konvokesyen pada hr khamis bersamaan 29/7/2010 sehingga hr sabtu bersamaan 31/07/2010 merupakan hari-hari gembira bagi pelajar2 darul quran 07/10 untuk menerima sekalung penganugerahan Diploma Tahfiz Alquran Wal Qiraat yang selama ini memerah tenaga dalam mengkhatamkan 30 juzuk alquran...cabaran yang harus ditempuhi setiap pelajar yang berada di Darul Quran JAKIM. Disini ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada abang2 dan akak2 yang akan menerima penganugerahan tersebut.....

Read more...

Keajaiban Maulidul Rasul

1:02 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

TERBIT NUR

Pada hari isnin, detik-detik menghampiri subuh, tanggal 12 rabiulawal, 50 hari selepas kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29 Ogos 580 lahirlah seorang bayi di perkampungan Bani Hasyim.Rumah kelahiran tersebut kini terbina di atasnya Perpustakaan Makkah Mukarramah selepas beberapa kronologi berlaku.Betapa istimewanya bayi ini seawaktu ia dilahirkan terpancar Nur yang memancar menerangi Syam dan Parsi, Jibril a.s memotong tali pusatnya, kemaluannya sudah dikhatankan, jari telunjukknya mengangkat ke langit seolah-olah mengagungkan Allah S.W.T.Beberapa keajaiban lain sewaktu bayi yang digelar Muhammad ini dilahirkan ialah ;

SINGGAHSANA KISRA RUNTUH

Sinar daripada nur yang yang memancar mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W bukan sahaja menerangi buana Syam dan Parsi malah merebahkan singgahsana indah yang dibina maharaja Anu Syarwan buat perhimpunan para pembesar yang didukung 14 tiang besar sehingga menyembah bumi.

API SEMBAHAN FARSI PADAM

Kekuatan sinar nur Muhammad S.A.W juga telah menghembuskan nyalaan api yang dijadikan sembahan orang-orang Parsi, walhal nyalaan itu tidak pernah malap apatah lagi untuk padam.

TASIK SAWAH KERING WADI SAMAWAH BERAIR

Tasik Sawah yang terletak diantara Hamazan dan Qum, iatu suatu kawasan dibumi ajam atau bukan Arab telang kering disebabkan sumber air bahagian hulunya telah terputus.Pada masa yang sama Wadi Samawah yang sebelumnya kering dan gersang yang tidak mampu memberi seteguk minuman sekalipun kepada penduduk disitu telah didatangi mata air sehingga melimpah airnya ke padang pasir.

TERBIT BINTANG MUHAMMAD S.A.W


Pada malam kelahiran Rasulullah terbitnya bintang merah yang terbit di suatu sudut langi menandakan telah lahirnya seorang nabi dan tiada lagi selepasnya.Ibn Hisyam meriwayatkan ;
“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah merekan dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”

Read more...

" Air Mata Di Lorong Pejuangan "

1:01 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Perjuangan bukanlah satu jalan yang mudah seperti mudahnya meniti satu jambatan, tetapi jalan yang sukar seperti berakit di tengah lautan.Ingin mencapai impian semanis madu perlu meredah kepayahan sepahit hempedu.Ramai orang yang tersungkur di tengah perjuangan dan rugilah mereka, apakah kita tidak yakin dengan janji Allah?Firmannya bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri orang-orang mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .."
-Surah At-Taubah: ayat 111

Andai benar kita dahagakan cinta Allah, pasti kita bangkit kembali dalam arus perjuangan walaupun perit tidak terkata, untuk bahawa kita adalah pahlawan Islam.Biar syahid di medan juang, jangan hina di sisi tuhan.

Read more...

Manisnya Taubat

1:01 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses


Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..Jawab mereka,"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka""keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai""ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat. Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.Aduhai manusia, aduhai bangsaku..Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman," dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Read more...

Fadhilat Membaca Al Quran

12:56 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Amalan membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakutiRasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".Kini ia benar-benar terjadi.Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.Wahai umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulai.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.Diantara fadhilat indahnya*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.-Ikhlas kan hatimu membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.Sabda Rasulullah SAW'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.(Riwayat Ibnu Hibban)-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-KahfiImam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah YassinDaripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)Lalu bacakan lah pula Surah Ad-DukhanDaripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)Tambahi lah dengan membaca surah Al-MulkDaripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-WaqiahUsman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.-Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-HasyarDaripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul HusnaDaripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk.

PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN


Read more...

Luasnya Neraka !!!!

12:53 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Gambar permukaan matahari
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada

Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Read more...

Imam Suyuthi berkata dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir: “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.”

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain " (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

"Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) ". (Ibrahim: 7)