Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil tetapi seharusnya kita meletakkan diri kita yg takut pd tuhanya
Raut wajah berhias cahaya Tutur kata selembut sutera Haus iman karena taqwa Itulah ciri wanita solehah
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka
Sekuntum Bunga D Tasik Hafizi, Hati Berhajat Untuk Memiliki, Namun Takdir Tak Siapa Ketahui,
Didalamnya Ku Lihati Banyaknya Kuntuman, Indahnya Harum Sungguh Menawan,
For people who do not know the meaning of life, then life is a punishment for him.,

Himpunan Prihatin Huffaz

Sekitar himpunan aman sebahagian pelajar dan kakitangan Darul Quran dalam memperihatini masalah yang sentiasa membelenggu dunia Palestin yang diadakan di dataran Masjid DQ selepas solat Jumaat sebentar tadi.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488084288804069490

LIFELINE 4 GAZA

Majlis pelancaran kempen LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SEIGE diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Dr Hj Abdullah Sudin B Abd Rahman selaku PRESIDEN HALUAN MALAYSIA
BLOGGER_PHOTO_ID_5488087648598445586

Perhimpunan Perdana Palestin

Perhimunan Perdana Palestin diadakan adalah satu platform untuk membantah tindakan keras terhadap kekejaman Israel naktullah yang seharusnya kita membanting tulang dalam membantu muslimin dan muslimat yang menghadapi musibah dari tindakan kotor Israel.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488715627776191906

Majlis Pelancaran Dewan Huffaz

Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010.Dengan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATO' JAMIL KHIR BIN BAHAROM.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488492955564984514

IMAM MUDA ASTRO OASIS

Sesi Temuduga Pencarian Peserta Imam Muda Astro Oasis adalah satu tujuan agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[1] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488497551280944722

Konsert Lifeline 4 Gaza

Konsert ini diadakan julung-julung kalinya bagi membantu dana amal untuk diberikan kepada rakyat seperjuangan kita iaitu Palestin.Konsert ini dijemput khas dari kumpulan nasyid Shoutul Harakah, Bro Muadz dan Daie Nada.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488612600935884114

Majlis Konvokesyen Darul Quran 2010

10:09 PM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Berlansungnya majlis konvokesyen pada hr khamis bersamaan 29/7/2010 sehingga hr sabtu bersamaan 31/07/2010 merupakan hari-hari gembira bagi pelajar2 darul quran 07/10 untuk menerima sekalung penganugerahan Diploma Tahfiz Alquran Wal Qiraat yang selama ini memerah tenaga dalam mengkhatamkan 30 juzuk alquran...cabaran yang harus ditempuhi setiap pelajar yang berada di Darul Quran JAKIM. Disini ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada abang2 dan akak2 yang akan menerima penganugerahan tersebut.....

Read more...

Keajaiban Maulidul Rasul

1:02 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

TERBIT NUR

Pada hari isnin, detik-detik menghampiri subuh, tanggal 12 rabiulawal, 50 hari selepas kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29 Ogos 580 lahirlah seorang bayi di perkampungan Bani Hasyim.Rumah kelahiran tersebut kini terbina di atasnya Perpustakaan Makkah Mukarramah selepas beberapa kronologi berlaku.Betapa istimewanya bayi ini seawaktu ia dilahirkan terpancar Nur yang memancar menerangi Syam dan Parsi, Jibril a.s memotong tali pusatnya, kemaluannya sudah dikhatankan, jari telunjukknya mengangkat ke langit seolah-olah mengagungkan Allah S.W.T.Beberapa keajaiban lain sewaktu bayi yang digelar Muhammad ini dilahirkan ialah ;

SINGGAHSANA KISRA RUNTUH

Sinar daripada nur yang yang memancar mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W bukan sahaja menerangi buana Syam dan Parsi malah merebahkan singgahsana indah yang dibina maharaja Anu Syarwan buat perhimpunan para pembesar yang didukung 14 tiang besar sehingga menyembah bumi.

API SEMBAHAN FARSI PADAM

Kekuatan sinar nur Muhammad S.A.W juga telah menghembuskan nyalaan api yang dijadikan sembahan orang-orang Parsi, walhal nyalaan itu tidak pernah malap apatah lagi untuk padam.

TASIK SAWAH KERING WADI SAMAWAH BERAIR

Tasik Sawah yang terletak diantara Hamazan dan Qum, iatu suatu kawasan dibumi ajam atau bukan Arab telang kering disebabkan sumber air bahagian hulunya telah terputus.Pada masa yang sama Wadi Samawah yang sebelumnya kering dan gersang yang tidak mampu memberi seteguk minuman sekalipun kepada penduduk disitu telah didatangi mata air sehingga melimpah airnya ke padang pasir.

TERBIT BINTANG MUHAMMAD S.A.W


Pada malam kelahiran Rasulullah terbitnya bintang merah yang terbit di suatu sudut langi menandakan telah lahirnya seorang nabi dan tiada lagi selepasnya.Ibn Hisyam meriwayatkan ;
“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah merekan dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”

Read more...

Imam Suyuthi berkata dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir: “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.”

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain " (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

"Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) ". (Ibrahim: 7)