Diam orang mukmin itu ibadah, Ibadah tanpa perbuatan, Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil tetapi seharusnya kita meletakkan diri kita yg takut pd tuhanya
Raut wajah berhias cahaya Tutur kata selembut sutera Haus iman karena taqwa Itulah ciri wanita solehah
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka
Sekuntum Bunga D Tasik Hafizi, Hati Berhajat Untuk Memiliki, Namun Takdir Tak Siapa Ketahui,
Didalamnya Ku Lihati Banyaknya Kuntuman, Indahnya Harum Sungguh Menawan,
For people who do not know the meaning of life, then life is a punishment for him.,

Himpunan Prihatin Huffaz

Sekitar himpunan aman sebahagian pelajar dan kakitangan Darul Quran dalam memperihatini masalah yang sentiasa membelenggu dunia Palestin yang diadakan di dataran Masjid DQ selepas solat Jumaat sebentar tadi.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488084288804069490

LIFELINE 4 GAZA

Majlis pelancaran kempen LIFELINE 4 GAZA BREAK THE SEIGE diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Dr Hj Abdullah Sudin B Abd Rahman selaku PRESIDEN HALUAN MALAYSIA
BLOGGER_PHOTO_ID_5488087648598445586

Perhimpunan Perdana Palestin

Perhimunan Perdana Palestin diadakan adalah satu platform untuk membantah tindakan keras terhadap kekejaman Israel naktullah yang seharusnya kita membanting tulang dalam membantu muslimin dan muslimat yang menghadapi musibah dari tindakan kotor Israel.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488715627776191906

Majlis Pelancaran Dewan Huffaz

Sekitar Majlis Pelancaran Dewan Huffaz Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010.Dengan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATO' JAMIL KHIR BIN BAHAROM.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488492955564984514

IMAM MUDA ASTRO OASIS

Sesi Temuduga Pencarian Peserta Imam Muda Astro Oasis adalah satu tujuan agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[1] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488497551280944722

Konsert Lifeline 4 Gaza

Konsert ini diadakan julung-julung kalinya bagi membantu dana amal untuk diberikan kepada rakyat seperjuangan kita iaitu Palestin.Konsert ini dijemput khas dari kumpulan nasyid Shoutul Harakah, Bro Muadz dan Daie Nada.
BLOGGER_PHOTO_ID_5488612600935884114

" Air Mata Di Lorong Pejuangan "

1:01 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses

Perjuangan bukanlah satu jalan yang mudah seperti mudahnya meniti satu jambatan, tetapi jalan yang sukar seperti berakit di tengah lautan.Ingin mencapai impian semanis madu perlu meredah kepayahan sepahit hempedu.Ramai orang yang tersungkur di tengah perjuangan dan rugilah mereka, apakah kita tidak yakin dengan janji Allah?Firmannya bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri orang-orang mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .."
-Surah At-Taubah: ayat 111

Andai benar kita dahagakan cinta Allah, pasti kita bangkit kembali dalam arus perjuangan walaupun perit tidak terkata, untuk bahawa kita adalah pahlawan Islam.Biar syahid di medan juang, jangan hina di sisi tuhan.

Read more...

Manisnya Taubat

1:01 AM Reporter: Adeqwanz Blogspot 0 Responses


Bismillahirrahmanirrahim..

Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik?Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat?Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus.Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..Jawab mereka,"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka""keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai""ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu.Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat. Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.Aduhai manusia, aduhai bangsaku..Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!.Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman," dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Read more...

Imam Suyuthi berkata dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir: “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.”

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain " (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim)

"Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) ". (Ibrahim: 7)