10:09 PM
Reporter:
Adeqwanz Blogspot
Berlansungnya majlis konvokesyen pada hr khamis bersamaan 29/7/2010 sehingga hr sabtu bersamaan 31/07/2010 merupakan hari-hari gembira bagi pelajar2 darul quran 07/10 untuk menerima sekalung penganugerahan Diploma Tahfiz Alquran Wal Qiraat yang selama ini memerah tenaga dalam mengkhatamkan 30 juzuk alquran...cabaran yang harus ditempuhi setiap pelajar yang berada di Darul Quran JAKIM. Disini ana ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada abang2 dan akak2 yang akan menerima penganugerahan tersebut.....
Read more...
1:02 AM
Reporter:
Adeqwanz Blogspot
TERBIT NURPada hari isnin, detik-detik menghampiri subuh, tanggal 12 rabiulawal, 50 hari selepas kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29 Ogos 580 lahirlah seorang bayi di perkampungan Bani Hasyim.Rumah kelahiran tersebut kini terbina di atasnya Perpustakaan Makkah Mukarramah selepas beberapa kronologi berlaku.Betapa istimewanya bayi ini seawaktu ia dilahirkan terpancar Nur yang memancar menerangi Syam dan Parsi, Jibril a.s memotong tali pusatnya, kemaluannya sudah dikhatankan, jari telunjukknya mengangkat ke langit seolah-olah mengagungkan Allah S.W.T.Beberapa keajaiban lain sewaktu bayi yang digelar Muhammad ini dilahirkan ialah ;SINGGAHSANA KISRA RUNTUHSinar daripada nur yang yang memancar mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W bukan sahaja menerangi buana Syam dan Parsi malah merebahkan singgahsana indah yang dibina maharaja Anu Syarwan buat perhimpunan para pembesar yang didukung 14 tiang besar sehingga menyembah bumi.API SEMBAHAN FARSI PADAMKekuatan sinar nur Muhammad S.A.W juga telah menghembuskan nyalaan api yang dijadikan sembahan orang-orang Parsi, walhal nyalaan itu tidak pernah malap apatah lagi untuk padam.TASIK SAWAH KERING WADI SAMAWAH BERAIRTasik Sawah yang terletak diantara Hamazan dan Qum, iatu suatu kawasan dibumi ajam atau bukan Arab telang kering disebabkan sumber air bahagian hulunya telah terputus.Pada masa yang sama Wadi Samawah yang sebelumnya kering dan gersang yang tidak mampu memberi seteguk minuman sekalipun kepada penduduk disitu telah didatangi mata air sehingga melimpah airnya ke padang pasir.
TERBIT BINTANG MUHAMMAD S.A.WPada malam kelahiran Rasulullah terbitnya bintang merah yang terbit di suatu sudut langi menandakan telah lahirnya seorang nabi dan tiada lagi selepasnya.Ibn Hisyam meriwayatkan ;“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah merekan dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”
Read more...